Monday 14 July 2014

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? 
Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW, 
di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  

NUZUL QURAN



Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. 

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya berkaitan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Saturday 12 July 2014

RAUDHATUL ILMI

Hubungan antara masjid dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak boleh  dipisahkan. Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan  bermula dari masjid. 

Semasa perkembangan keagungan Islam, bermula dari zaman Nabi  Muhammad saw sehingga zaman khilafah Islamiah (Umaiyah-Usmaniah), telah banyak  masjid telah didirikan bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat Islam di samping peranannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Sistem pendidikan Islam telah menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan yang utama. Contoh paling jelas  ialah Universiti Al-Azhar iaitu universiti tertua dalam sistem pendidikan Islam yang  berasaskan kepada 
pendidikan masjid

Justeru itu, di semua sekolah didirikan sebuah surau bagi tujuan kemudahan penggunaan oleh masyarakat sekolah. Surau di Sekolah Kebangsaan Kijal dinamakan sebagai Raudhatul Ilmi yang memberi makna tentang peranan sekolah sebagai pencetus keinginan mendalami ilmu Dunia dan Akhirat. 




AMALAN MUSLIM

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’.
.

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)
.

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
.

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13.  Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14.  Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15.  Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

Kesilapan di bulan Ramadhan


Dalam usaha untuk mendapatkan kesempurnaan pahala sepanjang bulan Ramadhan,
 umat Islam  kerap kali terlupa tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan.  
Antara perkara tersebut ialah :
(1)
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja                           
(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal   puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.
(Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
(2) 
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
(3) 
Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
(4) 
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
(5) 
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
( 6) 
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu  (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
(7) 
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari 
dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 
(8) 
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan  tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
(9) 
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
 Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
(10) 
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
(11) 
Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
(12) 
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- 
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Idea daripada :  
Zaharuddin Abd Rahman

JANJI ALLAH KEPADA INSAN BERTAQWA


Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, 
Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam 
kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Qurankepada mereka 
yang memiliki sifat taqwa ini.

Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti 
ditunaikan-Nya. Ia tidakterhingga nilainya yang tidak 
dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini. 
Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki 
sifat taqwa ini ialah:

1. Terpimpin

Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali 
melalui firman Allah:
Maksudnya: "Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-
orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19)

2. Terlepas dari kesusahan

Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat 
susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan 
terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu 
sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan 
menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah:
Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan 
dia dari masalah hidup." (At Thalaq: 2)

3. Rezeki

Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. 
Diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat 
tadi: Maksudnya: "Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari        
mana sumbernya." (At Thalaq: 3)

Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang 
bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap 
ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan 
daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman 
sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: "Kalau sekalipun orang bertaqwa itu 
tidak ada kerja, keperluan-keperluan nya tetap diperolehinya."

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. 
Dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha 
dan cariannya sendiri. Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi 
melalui sumber usaha orang lain. Kalau taqwanya secara jemaah, maka rezeki itu 
diberi secara berjemaah. Sekiranya taqwanya secara individu, maka secara individu 
jugalah pemberian Allah itu.

4. Kerja dipermudah

Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah gambarkan 
di dalam sepotong ayat:
Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan 
Allah segala urusannya." (At Thalaq: 4)

Allah memberi jaminan, kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan. Mungkin 
juga di samping mudah, hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya banyak. 
Jadi kalaulah kita buat kerja berhempas-pulas, di samping hempas-pulas 
banyak pula rintangan, kemudian hasilnya pula sedikit atau langsung tidak ada, 
itu menunjukkan kita belum mempunyai sifat taqwa hinggakan 
Allah tidak membantu.

5. Diberi berkat [barokah]

Dia diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat pada hartanya, pada kesihatan 
badannya, pada ilmunya, pada anak-anak dan zuriatnya, pada isterinya, pada 
suaminya, pada sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat 
ajarannya, berkat pimpinannya dan sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat:
Maksudnya: "Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu 
beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat 
daripada langit dan bumi." (Al Aíraf: 96)

Berkat maknanya bertambah atau subur. Apabila dikatakan hidupnya berkat, 
maknanya hidupnya penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan 
penuh dengan pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat 
disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya. 
Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah 
dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta menambahkan pahala.

Badannya yang sihat yang dikatakan berkat itu adalah badan yang dapat 
digunakan untuk kebaikan. Dengan kesihatan badannya itu, digunakannya untuk 
jihad fisabilillah, untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan 
pahalanya. Masanya berkat ialah masa yang Allah untukkan padanya, dapat 
digunakan kepada kebaikan. Dia tidak buang masa percuma dengan perkara 
yang melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun 
umurnya tidak bertambah, tetapi umur yang diberikan kepadanya itu akan 
menambahkan pahala. Rezekinya berkat yakni rezeki yang tidak putus-putus 
sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk kebaikan dan dapat 
menambahkan pahala.

Berkat pada anak-anaknya atau zuriat ertinya, anak-anak dan cucu cicit berjaya 
menjadi anak-anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati. Berkat pada 
isterinya atau suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, 
yang dapat mengingat dan memimpinnya selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat 
pada sahabat handai dan jiran, ertinya mendapat sahabat yang baik-baik dan 
ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan kebenaran.

Berkat pada gurunya, iaitu dia mendapat guru yang soleh yang dapat memimpin 
dan memandunya selamat di dunia dan Akhirat.

6. Amalan diterima

Amal ibadah orang yang bertaqwa diterima oleh Allah. Kalau begitu amal ibadah 
orang [yg sekadar] Islam tidak diterima. Orang Islam [yg tidak bertaqwa] akan 
masuk Neraka dulu. Oleh yang demikian, hanya amal ibadah orang yang bertaqwa 
sahaja yang diterima oleh Allah.

Ini dijelaskan oleh Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari 
orang yang bertaqwa." (Al Maidah: 27)

Maksudnya, Allah hanya menerima sembahyang orang yang bertaqwa. Allah tidak 
akan terima sembahyang orang yang sekadar Islam. Allah akan terima puasa
 orang bertaqwa. Allah akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak 
akan terima perjuangan orang yg sekadar Islam sahaja tanpa taqwa. Allah akan 
terima haji orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima haji orang Islam yang 
tidak bertaqwa. Begitulah seterusnya berdasarkan ayat di atas tadi.

7. Amalannya diperbaiki

Amalan orang yang bertaqwa itu sentiasa dibaiki oleh Allah.
Sentiasa diperkemaskan oleh Allah daripada masa ke semasa. Ini jelas Allah 
mengingatkan kepada kita:

Maksudnya:
"Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah 
kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki 
amalan-amalan kamu..." (Al Ahzab: 70-71)

Jadi orang-orang yang bertaqwa amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah. 
Sembahyangnya sentiasa dibaiki Allah. Begitu juga puasanya, bacaan Qurannya, 
wiridnya dan perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang 
dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah dari masa ke semasa. Itulah jaminan Allah.

8. Dosa diampunkan

Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi juga ada sambungannya:
Maksudnya:
"Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah 
kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki 
amalan-amalan kamu dan akan mengampun bagimu dosa-dosa kamu." 
(Al Ahzab: 70-71)

Ertinya dosa-dosa orang-orang yang bertaqwa ini akan diampunkan. Namun 
begitu orang Islam sekadarnya, dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Sebab 
itu orang Islam itu akan masuk Neraka dulu dan barulah ke Syurga. 
Tegasnya, orang yang bertaqwa sahaja akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

9. Dapat ilmu tanpa belajar

Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah ilmu 
yang jatuh kepada hati, tidak perlu proses belajar.
Kalau ilmu yang jatuh pada akal, ia perlu melalui proses belajar yakni membaca, 
mentelaah, kena berguru, kena bermuzakarah, kena berfikir dan merenung. 

Barulah akan dapat ilmu itu.
Sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu 
berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke hati. Hati itu 
sebagai wadahnya. Jadi orang yang bertaqwa ini diberi ilmu tanpa belajar.

Ini jelas Allah  nyatakan dalam ayat Al Quran:
Maksudnya: "Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu." 
(Al Baqarah: 282)

Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. 
Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:
"Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan 
dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu 
tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. 
Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham.

Firman Allah Taala: Maksudnya: "Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari 
dari sisi Kami." (Al Kahfi: 65 )

Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah 
tanpa wasilah guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak 
dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

10. Terlepas dari tipu daya syaitan

Orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan. Dalam Al Quran ada 
disebutkan tentang hal ini.

Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa 
was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka 
melihat kesalahan-kesalahan mereka." (Al A'raf: 201)

11. Terlepas dari tipu daya musuh

Orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir 
mahupun orang munafik.

Firman Allah:
Maksudnya: "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka 
sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya 
Allah  mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali Imran: 120)

12. Terhindar dari Neraka

Orang bertaqwa terhindar daripada Neraka. Ertinya tentulah dia masuk Syurga 
sebab di Akhirat tidak ada tiga tempat. Kalau terlepas daripada Neraka, bermakna 
ke Syurgalah dia.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: "Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi 
mereka Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka 
kekal di dalamnya." (Ali Imran: 198)

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam 
Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): 
Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman." (Al Hijr: 45-46)

Maksudnya: "Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba 
Kami yang selalu bertaqwa." (Maryam: 63)

Inilah di antara keuntungan-keuntung an atau bonus yang diperolehi 
oleh orang yang bertaqwa.

Kesemua itu tidak dapat dinilai dengan mata wang dunia kerana terlalu tinggi 
nilainya. Ia didapatkan hasil daripada membersihkan hati, mujahadah bersungguh-
sungguh membuang sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat mahmudah 
serta mengamalkan syariat yang lahir dan batin.

Kalau di dunia ini kita berebut-rebut untuk dapatkan bonus yang tidak ada nilai 
di sisi Allah itu, mengapa kita tidak rebut bonus taqwa yang manfaatnya untuk dunia 
dan Akhirat? Kalau tidak mahu bonus itu, orang tak beraakal namanya.